Wednesday, July 17, 2013

"Kasih & kesabaran seorang suami terhadap isterinya"

Sepasang suami isteri baru berkahwin.Si suami berumur 20 tahun & si isteri berumur 19 tahun.Kedua-dua masih belajar.

Mereka belajar di tempat sama iaitu di Russia,kedua-dua bakal doctor.Perkahwinan mereka telah mendapat restu oleh kedua-dua ibu bapa mereka.

lepas 3 bulan kahwin.Semasa jalan-jalan dengan si isteri di taman,mereka nampak seorang ibu & ayah muda yang bermain dengan anak mereka.

si suami berkata "sayang,alangkah indahnya kalau kita ada anak jugak,kan sayang"..muka si isteri tiba-tiba berubah wajah.seperti tak setuju

"Umm sayang,abang dah ready jadi Abah untuk anak-anak kita..Abang rasa kita tak payah rancang2 lah,anak tu kan rezeki dari Allah,betul tak"

Si isteri menjawab "Sayang,kan kita dah bincang pasal ni before kahwin,lepas kita grad saya beranak lah,saya tak ready lagi lah,baru 19 kot"

mendengar jawapan dari si isteri,si suami hanya tersenyum sambil menjawab "ye lah sayang".Selepas 4 tahun,mereka berdua pon grad belajar.

Malam semasa meraikan graduasi mereka,si suami bertanya kepada isterinya "Awak,awak cakap lepas awak grad awak dah ready nak pregnant"

tiba-tiba riak muka isteri berubah.Si isterinya hanya mendiamkan diri.Si suami berkata lagi "Saya tak sabar nak jadi ayah untuk anak kita"

isterinya menjawab "umm awak,kita baru grad.Kerja pon tak lagi,nanti nanti dulu lah,lepas kerja nanti saya janji kita akan ada anak sendiri"

mendengar kata-kata si isteri,si suami hanya akur akan permintaan isterinya.Walaupun sedikit kecewa ,si suami tetap akur akan kehendaknya.

Mereka akhirnya bekerja sebagai doktor.Semasa ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6, si isteri berhasrat untuk memberitahu suaminya bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.Tetapi malang tidak berbau..

Pada malam perkahwinan mereka yang ke-6 tahun,si isteri terlibat dalam satu kemalangan yang telah mengakibatkan dia tidak dapat mengandung

Si isteri menangis teresak-terak & menyesal kerana tak dpt memenuhi kehendak suaminya."Abang,saya mintak maaf.Saya tak dapat lahirkan anak"

si suaminya hanya mendiamkan diri,si isteri berkata lagi."Abang,saya tahu semua ni salah saya,kalau lah saya penuhi kehendak awak dulu".

si suami terdiam lagi..Si isteri pon berkata lagi "Awak,kalau awak nak kahwin lagi satu,saya rela tapi janganlah awak dingin dengan saya"

"Saya sanggup bermadu a" tak sempat si isteri menghabiskan ayatnya si suami terus memeluk si isteri dengan seerat-eratnya.

"Sayang,abang tak kisah kalau takde anak asalkan sayang selamat.Mungkin ini ujian kita,tak pernah terdetik pon hati abang nak kahwin lagi"

"Takpelah,saya redha.Sebelum kahwin,abang dah janji apa pon yang berlaku dalam hidup kita,abang terima.Saya sayang awak ikhlas kerana Allah"

"Kita terimalah ujian ini dengan ikhlas,InsyaAllah mesti ada hikmah,Allah maha kuasa,Ingat tuhan,apa yang mustahil,tak mustahil bagiNya"

Si isteri menangis di pangkuan suaminya,selepas kejadian itu mereka pon berhasrat untuk menunaikan umrah bersama-sama untuk menenangkan hati

Selepas balik dari umrah beberapa bulan,si isteri mula hamil.Kegembiraan mereka tidak dapat dinafikan lagi.Si suami berkata kepada isterinya

"Kan abang dah kata,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,apa yang mustahil,tidak mustahil bagi Allah,perancangan Allah sangat hebat"..

Si isteri menangis dalam kegembiraan kerana terlalu bersyukur.Mereka terus melakukan solat sunat syukur.The End.

moral of the story : bersabarlah dengan apa jua ujian yang diberikanNya,mungkin sukar tetapi bila bersabar & redha InsyaAllah semuanya boleh

ambil lah pengajaran dari setiap ujian & kesalahan lalu yang pernah kita buat.Setiap ujian Allah pasti selitkan kebahagiaan di pengakhiran.

No comments:

Post a Comment