Tuesday, February 18, 2014

Kenapa lelaki menghilangkan diri tiba-tiba?

Kenapa lelaki  menghilangkan diri secara tiba-tiba? pertanyaan ini aku sering terjumpa di dalam satu forum masalah cinta. Masalah yang biasa perempuan alami iaitu kekasih hati mendiamkan secara tiba-tiba.
Adakah si dia telah berubah hati?

Ada banyak sebab sebenarnya kekasih menghilangkan diri.

1. telefon hilang
 Tak lama mana pun dia menghilang kalau hilang handphone, dia mesti akan contact korang punya. Handphone bukan satu-satunya cara berhubungkan. Sekarang ni boleh berhubung macam-macam cara - skype, facebook, YM, email dan public phone. Kalau dia hilang lebih dari dua hari dan alasannya adalah hilang telefon, korang boleh meraguinya ye.

2. Merajuk
Orang merajuk ni suka ambil tindakan mendiamkan diri dan tunggu dipujuk, jadi korang ingat-ingat balik, ada tak sakitkan atau lukakan hati dia.

3. Masalah peribadi.
Ini biasanya terjadi pada lelaki sebab lelaki ni kena fokus pada satu-satu benda je, sebab tu ada sesetengah orang yang bila dia mempunyai masalah besar, dia akan lupakan korang seketika dan fokus pada masalahnya kerana dorang tak macam perempuan yang boleh buat pelbagai benda dalam satu masa.

4. Hati sudah berubah
Ini korang dapat lihat sendiri dari cara dia melayan korang, mungkin dia sudah ada yang 'baru' jadi korang di abaikan. Hati dan fikiran sudah ada pada yang baru,perasaan pun sudah menjadi tawar, korang ada atau tak, sama je bagi dia. jadi korang sudah menjadi tak penting bagi dia. Maka dia akan jadi macam biskut, kejap ada, kejap tak ada.


Bercinta ni memang rumit, bersedia je lah apa-apa dugaan pun yang jadi sebab korang dah pilih untuk bercinta kan. Bercinta ni bukan hanya dapat kebahagian je tau. tapi pakej ( kebahagiaan + kekecewaan)

No comments:

Post a Comment